Tidak salah bersedih, tetapi perlukah kita tunjukkan?
Menangis? Adakah kita mahu dilihat oleh orang ramai?
Jangan
biarkan perkara itu menimpa kita, sahabat. Jangan nampakkan kesedihan
kita. Teruskan melangkah. Tatap masa hadapan dengan penuh keyakinan.
Teruskan tersenyum dan tunjukkan kita sedang bahagia.
Waktu
itu kekuatan mental kita diuji. Adakah kita kuat menghadapinya ataupun
jatuh tersungkur dan terkulai. Berusahalah untuk tidak menunjukkan
kesedihan!
Menggali Hikmah Dalam Setiap Kejadian
Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.
Ibnu
Al-Jauzy berkata, “Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan
kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu
sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui
oleh orang kebanyakkan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu
mengungkap semua hikmah-Nya?“
Banyak perkara yang
terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir,
mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.
Sebaliknya,
tidak sedikit perkara yang pada awalnya kita sambut dengan rasa
gembira, tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja dan menitiskan
air mata kerananya.
Pengajaran Hudaibiyah
Kisah
Rasulullah SAW dan para sahabat banyak memberikan pengajaran yang
sangat berharga pada kita, salah satunya dalam peristiwa Hudaibiyyah.
Dalam
satu klausa perjanjian Hudaibiyah menyatakan, Rasulullah SAW perlu
kembali ke Madinah dan tidak boleh memasuki Makkah hingga tahun hadapan.
Klausa berikutnya menyatakan, kedua-dua belah pihak perlu melakukan
gencatan senjata selama 10 tahun.
Beberapa sahabat
berasa sedih kerana mereka sudah dijanjikan bagi memasuki Makkah, tetapi
terpaksa berpatah balik dan pulang ke Madinah.
Namun, sesuatu yang pada awalnya dirasakan pahit, menjadi manis selepas beberapa tahun.
Antaranya
pengislaman beberapa tokoh Quraisy seperti Amru bin Al-Ash, Utsman Bin
Thalhah dan Khalid Bin Al-Walid. Dalam rentang waktu itu, jumlah kaum
muslimin bertambah ramai.
Hingga pada satu waktu,
dengan kekuatan baru yang dimiliki, terjadi peristiwa yang tercatat
dalam tinta emas sejarah, iaitu Fathu Makkah. Sebuah peradaban yang
menerangi alam semesti ini sudah lahir.
Pelajaran berharga yang dapat kita ambil adalah, pasti ada hikmah daripada Allah ke atas setiap kejadian yang berlaku.
Persoalannya, adakah kita berusaha mencari ataupun menggali hikmah nya?
Atau pun tidak langsung?
Bila Hikmah itu akan muncul?
Boleh
jadi pada waktu itu juga, selepas seminggu, sebulan atau bertahun
lamanya. Kita tidak akan tahu, tetapi yang pasti ia tetap akan muncul.
Setiap
kejadian, pahit ataupun manis, pasti ada hikmah ataupun pelajaran
berharga. Semasa perkara itu terjadi, kita perlu bersedia menghadapinya.
Daripada bertanyakan mengapa, lebih baik kita fokuskan perkara yang perlu dilakukan bagi menghadapi keadaan ini.
No comments:
Post a Comment